PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MA’MUR SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN. (1429-10-SEL) No.31 Jalan Mawar 6c,Taman Mawar,Bandar Baru Salak Tinggi, 43900, Sepang, Selangor. Tel: 03-87060401.
DANA PEMBANGUNAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MA’MUR /PENERBITAN MAJALAH IMAN.
Adalah dengan segala hormatnya dan merujuk perkara di atas.
2. Pertubuhan kebajikan Baitul Ma’mur Selangor Dan Wilayah Persekutuan nama singkatanya (PKBM) telah ditubuhkan pada tahun 2010, Penubuhan PKBM ini bergiat aktif dalam kebajikan untuk membela nasib mereka-mereka yang kurang bernasib baik ini untuk mendapat layanan dan pendidikan seperti insan-insan yang lain.
3. Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Baitul Ma’mur (PKBM) telah merangka satu pelan pembangunan jangka panjang membina sebuah pusat penempatan bagi ibu tunggal, warga emas, oku, anak-anak yatim, fakir miskin dan juga muallaf di LOT. 1001, KG.ULU SUNGAI, MUKIM BATU TALAM, RAUB, PAHANG. untuk melatih mereka-mereka ini untuk mempunyai jati diri yang tinggi dan boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan dan bergantung kepada keluarga khususnya dan masyarakat pada amnya.
4. Sejajar dengan itu PKBM sedang berusaha untuk mendirikan pusat penempatan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:-
a) Surau b) Kediaman Anak-Anak Yatim c) Kediaman Ibu Tunggal d) Kediaman Warga Emas e) Perpustakaan. f) Dewan Makan / kuliah. g) Pejabat Pentadbiran. h) Kelas-kelas pengajian. i) Rekreasi j) Tujuan penerbitan Majalah Iman adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti kepada masyarakat umum.
5. Sehubungan dengan ini, untuk menjayakan hasrat yang murni ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya dan ahli jawatankuasa mengambil kesempatan ini, memohon kepada semua pihak terutamanya Agensi Kerajaan, Sektor Korporat, Syarikat Swasta dan individu-individu agar tampil bersama-sama di dalam menyumbang dana pembinaan pusat ini.
6. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan, kami warga PKBM mengucapkan ribuan terima kasih, segala tajaan, sumbangan hendaklah ditulis atas nama “PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MA’MUR SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN” atau Bank in ke CIMB BANK Akaun No.1236-0003255-05-4.
Sekian wassalam. “BERKHIDMAT UNTUK SEMUA”
PUAN HJH NORAINI BTE RAHMAT Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Ma’mur Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI”
|