MENGHULURKAN BANTUAN SEKALIPUN KECIL NILAINYA

Daripada Ummu Bujaid r.ha, Beliau berkata :
"Wahai Rasulullah! sesungguhnya orang miskin sering datang kerumahku!, Tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya." Maka rasullullah s.a.w bersabda :
"Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu yang untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ketangan-Nya.'
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Sunday, January 9, 2011

SURAT


PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MA’MUR SELANGOR DAN WILAYAH  PERSEKUTUAN. (1429-10-SEL)
No.31 Jalan Mawar 6c,Taman Mawar,Bandar Baru Salak Tinggi,
43900, Sepang, Selangor. Tel: 03-87060401.




DANA  PEMBANGUNAN   PERTUBUHAN   KEBAJIKAN  BAITUL MA’MUR /PENERBITAN  MAJALAH  IMAN.


 Adalah dengan segala hormatnya dan merujuk perkara di atas.

2.  Pertubuhan kebajikan Baitul Ma’mur Selangor Dan Wilayah Persekutuan nama singkatanya (PKBM) telah ditubuhkan pada tahun 2010, Penubuhan PKBM ini bergiat aktif dalam kebajikan untuk membela nasib mereka-mereka yang kurang bernasib baik ini untuk mendapat layanan dan  pendidikan  seperti insan-insan yang lain.

3.  Oleh yang demikian, Pertubuhan Kebajikan Baitul Ma’mur (PKBM) telah merangka satu pelan pembangunan jangka panjang membina sebuah pusat penempatan bagi ibu tunggal, warga emas, oku, anak-anak yatim, fakir miskin dan juga muallaf di LOT. 1001, KG.ULU SUNGAI, MUKIM BATU TALAM, RAUB, PAHANG. untuk melatih mereka-mereka ini untuk mempunyai jati diri yang tinggi dan boleh berdikari tanpa memerlukan bantuan  dan bergantung kepada keluarga khususnya dan masyarakat  pada amnya.

4.  Sejajar dengan itu PKBM sedang berusaha untuk mendirikan pusat penempatan yang dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut:-

a) Surau
b) Kediaman Anak-Anak Yatim
c) Kediaman Ibu Tunggal
d) Kediaman Warga Emas
e) Perpustakaan.                     
f) Dewan Makan / kuliah.                   
g) Pejabat Pentadbiran.            
h) Kelas-kelas pengajian.
i) Rekreasi 
j) Tujuan penerbitan Majalah Iman adalah untuk menyampaikan maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti  kepada masyarakat umum.        
       

5. Sehubungan dengan ini, untuk menjayakan hasrat yang murni ini, dengan penuh hormat dan takzimnya saya dan  ahli jawatankuasa mengambil kesempatan ini, memohon kepada semua pihak terutamanya Agensi Kerajaan, Sektor Korporat, Syarikat Swasta dan individu-individu agar tampil bersama-sama di dalam menyumbang dana pembinaan pusat ini.
       


6. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan, kami warga PKBM mengucapkan ribuan terima kasih, segala tajaan, sumbangan hendaklah ditulis atas nama “PERTUBUHAN KEBAJIKAN BAITUL MA’MUR SELANGOR DAN  WILAYAH PERSEKUTUAN”   atau Bank in ke CIMB BANK Akaun No.1236-0003255-05-4.



 Sekian wassalam.
  
“BERKHIDMAT UNTUK SEMUA”
  
PUAN HJH NORAINI BTE RAHMAT
Yang Dipertua
Pertubuhan Kebajikan Baitul Ma’mur Selangor dan Wilayah Persekutuan.

        



“DUDUK SAMA RENDAH, BERDIRI SAMA TINGGI”

                                                                                                 Laman Utama